Persatuan Penduduk Saujana Damansara dan seluruh penduduk di sini mahukan pintu masuk A dan B dipalangkan dan akan menyoal kenderaan besar yang akan masuk atas sebab di bawah:
1. Laman Bayu Sdn Bhd, akan memulakan kerja-kerja pembinaan yang bermula esok [Isnin, 23 Mei 2011]. Mesin-mesin besar dan lori-lori akan cuba masuk ke kawasan kita yang akan menyebabkan:
a. Kerosakan jalan
b. Pencemaran udara
c. Gangguan terus kepada penduduk yang tinggal berhampiran sangat dengan kawasan binaan
d. Bunyi bising
e. Kerosakan denai-denai tempat berjoging
f. Keselamatan Kanak-kanak dan orang ramai
Penyelesaiannya, kemi telah mengarahkan Laman Bayu Sdn Bhd membuat jalan alternatif mereka sendiri. Jangan gunakan jalan dan infrastruktur kita.
Kami harap semua masyarakat faham dan sokong usaha yang baik ini untuk kebaikan semua.
“Bersama Jadikan “Saujana Damansara” Aman, Selamat, Bersih”
PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA DAMANSARA